Skip Navigation Linkssoalselidik_bptm2018


​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​SOAL SELIDIK KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN SISTEM iGFMAS DAN

​e-PENYATA GAJI & LAPORAN 2018

 

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), Jabatan Akauntan Negara Malaysia sedang menjalankan Soal Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan iGFMAS dan e-Penyata Gaji & Laporan bagi tahun 2018. Hasil kajian akan digunakan untuk menambah baik sistem dan khidmat sokongan kepada pelanggan pada masa hadapan. 

Sehubungan itu mohon kerjasama Y.Bhg Dato'/Tuan/Puan memaklumkan kepada pegawai-pegawai di pejabat masing-masing untuk meluangkan sedikit masa bagi melengkapkan soal selidik tersebut mulai 08 Oktober hingga 26 Oktober 2018. Soal selidik ini boleh dicapai m​​elalui pautan di bawah:-

1.  ​​​​​​​Soal Selidik Kepuasan Pelanggan iGFMAS 
 ​​​​​​​                - untuk Pegawai di Ibu Pejabat JANM dan Bahagian Perbendaharaan 
 ​​​​​​​                - untuk Pegawai di JANM Negeri/ Cawangan & Bahagian Akaun Kementerian 
 ​​​​​​​                - untuk Pegawai di Pusat Tanggungjawab (PTJ) 

2.  Soal Selidik Kepuasan Pelanggan e-Penyata Gaji & Laporan​​


Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada:

1. Penyelia Soal Selidik Kepuasan Pelanggan iGFMAS 
No. Telefon : 03- 8882 1125/1313/1449
Emel : helpdeskbptm@anm.gov.my

2. Penyelia Soal Selidik Kepuasan Pelanggan e-Penyata Gaji & Laporan
No. Telefon : 03- 8882 1293/1410/1323/1355/1300/1374
Emel : epayslip@anm.gov.my

Kerjasama dan perhatian Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan diucapkan ribuan terima kasih.​